salam sejahtera, agak lama saya tidak update dalam blog ini. ha, kali ni saya akan update sesuatu untuk anda yang suka melancong.
kepada mereka yang mencari tempat pelancongan yang menarik dan unik, saya sarankan anda untuk datang di daerah Tenom, Negeri Sabah. disini saya akan menyenaraikan tempat yang menarik yang perlu anda pergi ketika anda berada di daerah tenom.
1. Pusat Kebudayaan Murut,Pulong. Tenom
>Pusat kebudayaan murut merupakan tempat yang sangat unik dan cantik, pelbagai pameran yang ada dan anda juga boleh membeli buah tangan di tempat ini sebagai kenangan anda. anda juga boleh mengetahui ada istiadaat orang murut dan juga pakaian tradisional.
2. Taman Pertanian Negeri Sabah. Tenom
> Tempat ini boleh dikunjungi dengan yuran kemasukan yang tidak terlalu mahal. anda juga boleh membeli pelbagai jebis tanaman bunga dan juga buah-buahan.
> anda juga boleh menginap sekiraya anda mencari tempat penginapan. bayaran berptutan.
3. Tenom Fatt Choi (TFC)
> Tempat ini merupakan cafe setanding dengan STARBUCK. anda juga boleh melawat ke kilang kopi fatt choi tenom dan boleh membeli kopi sebagai buah tangan anda atau diberikan kepada keluarga.
4. Keretapi Tenom dan Rafting padas river
> kepada anda yang ingin menaiki keretapi dengan tambang yang tidak sampai pun rm3 anda juga boleh menikmatinya dan boleh rafting di padas river , pangi.
terdapat juga tempat yang lain, cuma yang atas tu hanya yang saya dapat senaraikan.